Wednesday, February 23, 2011

Raikan Cinta

Raikan Cinta

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail


Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
hanya untuk renungan wahai sahabatku..
  
ZAm zam yang di berikan oleh ALLAH yang membuktikan kebesaran dan kekuasaanya...
pernah kah kita terfikir akan nikmat akan zam zam itu sendiri...terusikah hati apabila air yg sejuk
lagi mendamai melalui ruang laluan nikmat yg di berikan...tak kala kepenatan menghantui diri selepas melakukan  tawaf..saie ketika menjalani umrah ...dan mendapat tegukan yg pertama dari air zam zam ..alangkah nikmatnye akan kemanisan nye.....dapat merasa kelegaan pabila meminumnya...terlintas di fikiran adakah hanya kelegaan kita sudah berpuas hati..tanpa memikirkan akan  kebaikkan .. kebesaran penciptanya...

Alangkah jahilnya jika itu yg berlaku....hati merintih mengungkapkan kata syukur yg mana masih di lintas kan di hati yg masih banyak kelalaian dunia...akan nikmat dan kebesaran zam zam itu sendiri..sejenak terfikir bagaimana siti hajar berlari lari untuk mendapatkan seteguk air untuk putera kesayangan...dengan perasaan yang cemas takut ..siti hajar tetap berusaha dan tabah mencari...
Hanya  berminat untuk berkongsi pengalaman ku semasa menunaikan umrah yg lepas..pada tanggal  12.7.10 detik paling manis dalam hidup ku sebab dapat jemputan dari penciptaku..untuk melawat.. bersolat.. memuji bertasbih..melihat agung NYA rumah NYA..rumah kebesaran seluruh umat islam...aku bersyukur sesangat mendapat jemputan dari NYA...sedangkan org lain yang masih belum di jemput...sedang kan ketika itu hati berbelah bahagi hendak pegi atau tidak..yerlah gaji bukan besar maner pun..dengan mengumpul setiap bulan..sedikit demi sedikit...adalah sedikit simpanan nya..dan tak tak terfikir pun nak ke rumah NYA untuk waktu yg terdekat ini...dan jika aku teruskan jua niat hendak kesana..abis lah duit aku...waduuhh itu yg terfikir betapa ceteknya iman ku...(hehheheh)tapi itu lah apabila ALLAH telah menjemput..walau bagaimaner susah pun pasti akan tiba jua di tanah suci itu...kala itu hati aku berasa amat takut...pelbagai cerita  yang ku dengari..versi yang pelbagai...yang kadangkala mengugat dan menduga ku...tapi itulah yang di mana kan hikmah di sebalik segalanya...maklum lah dah nama nya manusia banyak kesilapan dan dosa dosa yang sengaja dan tak sengaja di lakukan..tapi itulah namanya kehidupan...minta lah ampun dari NYA..pasti akan di ampun kan...

akan bersambung


No comments:

Post a Comment